Monday, April 20, 2009

Have you watch 'Jangan Tegur'???

Pendapat saya bila menonton filem ni..hmmmmmm (panjang tuh haha...)

Mula2 sy ucapkan tahniah pada produksi filem ini kerana punya inisiatif yg bagus buat industri perfileman Malaysia.

Filem seram yang mengisahkan tentang seorng wanita yg baru sedar dari koma, mula dapat melihat bayangn2 dari dunia lain. dan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan seorang gadis bernama Baizura. Lakonan mantap Piere Andre dan Julia Ziegler.

Kronologi pengamatan saya untuk filem ini....

Penceritaan

Hmm sebijik macam masa tengok filem congkak dulu. Permulaannya amatla mengagumkan. Dengan sound dan setting yang mantap walaupun macam dah biasa tengok tapi memang betul2 meremang bulu roma. Hmm nak tulis ke ek pasal apa yg seram tu...seram pula malam2 ni..hihi...Hmm flow cerita agak slow..tapi takpe je..sebab starting dia amatlah hebat! Saya yang penakut ni tutup mata jela haha! kagum-kagum.

Tapi...................

Bila dah sampai tiba2 plotting dia nak merge antara 'Baizura' dan 'Natasya' (Julia Ziegler), hmm agak longgar sikit, tapi ok la...mula2 bole la terima juga. Kita dapat agak la plotting tu akan temukan dua watak dari dunia yang berbeza...(macam citer lain juga la cam konon2 hantu tu nak bagitau something)

Begitulah saje flownya...agak slow dan plotting dia hmm agak longgar bila nak connected to one another. Saya bukan kata tidak bagus...cuma agak longgar. Saya sendiri terdengar para penonton kata ceritanya macam sekejap. bagi yang belum menonton filem ni..hmm kalau anda nak tahu, memang mcm pendek..sebab citer dia macam terlalulah senang..dan bila habis tu...kita ada perasaan macam cerita tu dihabiskan secara tergesa2

Hmm moral value pun amatla kurang. kalaulah ada team produksi yang terbaca komen ni, hmm take note la ye. Cuba lihat mana2 filem lain yang hebat2...walaupun simple..tapi bila ada mesej berharga yang disampaikan, org akan tengok dan hargai filem tu. recent example 'Slumdog Millionnaire'. Citer lama2 cam hmm 'Children of Heaven'. Sempoi sngt. tapi mesejnya jelas!

Costume

Hmm my professional advice, be more sensitive untuk tutup aurat (bagi yg wanita) sebab kita perlu jaga sensitiviti agama dan adat. Memang benda2 macam tu nampak remeh dimata kasar. tapi sebenarnya kalau sume tu lebih dijaga, filem ni akan lebih laris lagi...sebab dia klasifikasi 'U' kan? So, ibu bapa pun takde la macam hesitant nak bawa keluarga dan anak2

hantu dia?
hihih okla ...seram juga.tapi masa Julia kena rasuk tu..macam X-men sikit hehe warna biru.

Cast

I think pelakon dia takde masalah sngt. Okla. Cuma skrip je kena be much serious and critical.Pelakon malaysia ok sebenarnya.

Tapi komen personal untuk Piere Andre, u have problem with ur diction. Skrip yg dibawa oleh watak anda amatla penting untuk penonton dengar. Dekat 10 org cam terpinga2 sebab ckp laju sngt huhu...

okla tujekot...moga filem2 akn dtg baik lagi. Sy akn terus menyokong Industri Perfileman kita selagi ada yg masih bersungguh2 untuk berkarya !

4 comments:

  1. sy da tgk "Slumdog Millionnaire".. besh2 =)
    jgn tgur lom tgk agi
    xsk citer hntu
    huhu

    ReplyDelete
  2. nape tak suka citer hantu?heheh ok..
    sludog millionnaire amatla best

    ReplyDelete
  3. sb nti berdebar2
    xsk debar2
    sk tenang

    ReplyDelete
  4. yeke heheh ok...hmm tapi ada juga keburukan menonton filem siram ni

    ReplyDelete